12 Agustus 2023

12 Agustus 2023



Jadi umat Tuhan dalam menghadapi dunia ini:

1. Jangan kecewa dan kecil hati

Kita hidup untuk menggenapi segala rancangan Allah. Bukan rancangan kita tetai cita-cita Tuhan yang terjadi. Kita harus merenungi segala yang kita alami. Kita ditempatkan di mana saja adalah suatu rancangan Dahsyat. 

Tuhan bekerja dalam segala sesuatu mendatangkan kebaikan bagi kita.

2. Selalu tabah dan bertahan

Kita tidak boleh menyerah dan kalah. berteriaklah kepada Allah kita. Kita harus melakukan segala sesuatu dengan penuh ikhlas dan berserah kepada Allah.

3. Berfikirlah positif terus

Segala yang mulia, manis dan sedap didengar, pikirkan itu saja. Jangan beri kesempatan pikir negatif. Ingatlah firman Tuhan dan bangkitkan semangat kita.

4. Meninggikan Tuhan

Kita wajib memuliakan Tuhan dalam segala perilaku kita.

Hari ini harinya Tuhan bag ke-8 
Program ke 
Allah yang menempatkan

Kejadian 45:1-15

Yusuf Memperkenalkan Diri kepada Saudara-saudaranya

1 Yusuf tidak dapat menahan perasaannya lagi di hadapan hamba-hambanya. Oleh itu dia menyuruh mereka meninggalkan bilik itu supaya dia dapat memperkenalkan diri kepada saudara-saudaranya. 2Kemudian Yusuf menangis dengan kuat sehingga orang Mesir mendengarnya. Lalu berita itu dibawa ke istana raja. 3Yusuf berkata kepada saudara-saudaranya, “Aku ini Yusuf. Adakah bapaku masih hidup?” Tetapi saudara-saudaranya sangat takut sehingga tidak dapat menjawab. 4Oleh itu Yusuf berkata kepada mereka, “Marilah dekat aku.” Mereka mendekati Yusuf, lalu dia berkata lagi, “Aku Yusuf, saudara kamu yang kamu jual ke Mesir. 5Jangan takut atau salahkan diri kerana kamu menjual aku. Sebenarnya, Allah sendiri yang menghantar aku ke sini lebih dahulu daripada kamu untuk menyelamatkan banyak orang. 6Sekarang baru tahun kedua masa kebuluran, dan ada lima tahun lagi orang tidak akan membajak atau menuai. 7Allah telah menghantar aku ke sini lebih dahulu daripada kamu untuk menyelamatkan kamu dengan cara yang menakjubkan ini, supaya kamu selamat dan keturunan kamu tidak pupus. 8Oleh itu, sebenarnya bukan kamu yang menyebabkan aku berada di sini, melainkan Allah. Dia sudah menjadikan aku pegawai tertinggi raja Mesir. Aku diberi kuasa mengurus segenap rumah tangganya dan seluruh negeri Mesir.

9Sekarang, kembalilah dengan segera kepada bapaku dan katakanlah kepadanya bahawa Yusuf, anaknya, berkata begini, ‘Allah sudah menjadikan saya penguasa seluruh Mesir; datanglah kepada saya dengan segera. 10Ayah dapat tinggal di daerah Gosyen, berhampiran dengan saya – ayah, bersama dengan anak cucu, domba, kambing, lembu, dan segala kepunyaan ayah. 11 Jika ayah berada di Gosyen, saya dapat menjaga ayah. Kebuluran masih akan berlaku lima tahun lagi, dan akan saya usahakan agar ayah, keluarga, serta ternakan ayah tidak kekurangan apa-apa pun.’ ”

12Yusuf berkata lagi, “Sekarang kamu nampak sendiri, termasuk engkau Benyamin, bahawa aku benar-benar Yusuf. 13Katakanlah kepada ayah kita betapa besarnya kuasaku di sini, di Mesir, dan ceritakanlah segala yang sudah kamu nampak kepadanya. Bawalah dia ke sini dengan segera.”

14Yusuf memeluk adiknya Benyamin dan menangis. Benyamin juga menangis sambil memeluk abangnya. 15Kemudian sambil menangis, Yusuf memeluk semua saudaranya dan mencium mereka. Selepas itu mereka mula bercakap-cakap dengan  dia.


Yusuf sadar ia ditempatkan Tuhan, Ia tidak sakit hati dan dendam terhadap saudara-saudaranya. Ia masih tetap mencintai semua kakak-adiknya dan ayahnya.

Seperti Yusuf, tugas kita orang Kristen adalah:

1. Memenangkan jiwa

Tidak semua orang harus jadi pendeta, tetapi wajib memenangkan jiwa. Kita bukan mencari berkat, tetapi memberi berkat buat orang lain. Carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya.

2. Membawa Suasana Surga

Kita ini duta Kerajaan Surga, membawa damai Surgawi bagi orang di dunia. Memberkati semua orang. Membawa Shaloom Surga.

3. Mendorong, menasihati dan menguatkan

Kita harus menjadi orang yang penuh empati dengan niat menolong orang yang mulai lemah dan tidak bersemangat. Tugas kita menguatkan dan mendukung orang yang mulai undur dari Tuhan.

4. Menjadi saksi Kristus

Orang melihat perbuatan kita yang baik dan memuliakan Allah.

Amiin.

0 comments:

Posting Komentar